Alhamdulillah ucapan yang senag disebut akan tetapi sukar untuk diamalkan.Sedarkah kita Allah memberi terlalu banyak nikmat kepada hambaNya tanpa kita sedari.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Sedarkah kita ketika kita senang kita lupa kepada Pencipta.Akan tetapi kita rasa gundah gulana bila kita berada dalam kesusahan dengan meminta pertolongan dari Allah.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Sedarkah kita walaupun kita tidak pernah bersyukur ketika kita senang Allah tetap menolong hamba-hambaNya.Jika kita hayati betul-betul,tangisan yang tak terhenti kita curahkan dari dua kelopak mata kita kerana sedikit sahaja kita bersyukur dengan apa yang Allah bagi kepada kita.Sama-sama muhasabah diri kita semoga diri kita sering bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi sekarang ini.