Refleksi Pembelajaran Minggu 3Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini 22 September 2016 merupakan kelas pertama bagi kursus Komputer Dalam Pendidikan yang disampaikan oleh Dr Fariza binti Khalid.Untuk kursus ini,ingin saya katakan amatlah penting bagi saya memandangkan era teknologi yang serba canggih dan pantas ini.Kenapa saya berkata demikian,ini kerana di dalam kursus ini kita dapat mempelajari cara-cara menyampaikan maklumat atau tentang pelajaran hanya dengan menggunakan komputer dan internet.Baiklah,apa yang saya dapat melalui kelas pertama ini saya didedahkan dengan perkara baru mengenai penggunaan weebly.com.Tetapi sebelum itu kami ada sedikit sesi perkenalan antara sesama kami dan pensyarah.Cara perkenalan amat unik sedikit kerana perlu memasukkan nama dan gambar ke laman web pensyarah kami iaitu farizakhalid.com.Setelah memasukkan nama dan gambar tersebut, pensyarah dapat melihat dan mengenal kami semua.Tapi sayangnya gambar saya tidak dapat masuk mungkin kerana flight yang hantar gambar saya tu salah landing ke tempat lain.Berbalik kepada penggunaan weebly.com tadi,ia merupakan satu laman web yang kita boleh gunakan untuk membuat laman web kita sendiri secara percuma.Kita dapat publish laman web kita kepada orang ramai.Penggunaanya hampir sama dengan blog,wordpress dan sebagainya yang ada di dunia ini.Bagi saya,ini pengalaman pertama saya menggunakan weebly ini kerana ia amatlah mudah untuk digunakan.Kita dapat berkongsi hasil kerja kita dan orang lain dapat melihatnya sekaligus dapat memberi pandangan mereka secara terus kepada kita melalui laman web ini.Kerja kursus pun dapat dihantar di sini.Menarik bukan.Jadi pada sesiapa yang tidak ambik kursus ini amatlah rugi kerana ia kursus yang diperlukan pada masa kini kerana di dalam kursus ini di ajar pelbagai kemahiran mengenai penggunaan komputer.Kami juga diajar cara untuk membuat weebly ini satu persatu bermula dari daftar masuk sehinggalah ke publish.Sekian dari saya,Assalamualaikum.
0 Comments
|
AuthorMuhammad Bukhary bin Mohd Zulkeply. Archives |