Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Pejam celik pejam celik kita sudah berada di minggu yang sangat-sangat dinantikan oleh pelajar iaitu minggu akhir kuliah.Cepat sungguh masa berlalu sem 1 semakin hampir meninggalkan kami.Baiklah, untuk minggu ini tibalah masanya untuk kami bentangkan video yang telah kami hasilkan pada minggu lepas.Namun kami ada sedikit masalah berkaitan dengan video yang kami hasilkan dan kami telah buat plan B iaitu menghasilkan video menggunakan powtoon.Hasilnya cukup memberansangkan bagi kami kerana walaupun lakonan kami sebelum ini tidak dapat dipaparkan, akan tetapi kami berjaya juga menghasilkan video ini dengan berjaya juga merekodkan suara saya ke dalam video ini.Hehehe.Sebelum kami membentangkan video mengenai tajuk yang telah kami pilih iaitu m-learnig, Dr telah menanyakan terlebih dahulu tugasan minggu lepas iaitu mengenai komputer sebagai alat, guru dan pelajar.Berdasarkan pencarian yang saya dapat serta perkongsian dari Dr Fariza sendiri, komputer ini dibahagikan kepada tiga iaitu komputer ini sebagai alat, komputer sebagai guru dan komputer sebagai pelajar.Yang pertama, komputer sebagai alat,.Penggunaan komputer sebagai alat adalah untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah selari dengan perkembanagn terkini dalam penggunaankomputer dalam pendidikan, iaitu komputer merentasi kurikulum.Seterusnya komputer sebagai guru. Komputer sebagai guru adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pegajaran yang telah diprogramkan. Pelajar berinterasi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Kebanyakan bahan atau perisisan kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru. Bahan atau perisian kursus ini dapat di kelaskan kepada beberapa jenis seperti latih-tubi,tutorial,tunjuk cara dan simulasi. Penggunaan komputer untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai Pengajaran Berbantulan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Instruction (CAI) atau Computer Assisted Learning (CAL).Manakala komputer sebagai pelajar pula adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer.Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna,sebaliknya pengguna yang mengawal komputer.Sebagai alat,komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.Perisian-perisian aplikasi seprti pangkalan data,hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah yang paling kerap di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat.Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia.Jadi saya setakat ini sahajalah pertemuan kita untuk kursus ini.Semoga apa yang saya tulis ini menjadi panduan juga untuk orang lain.Jumpa lagi.Assalamualaikum.
0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Bertemu lagi kita pada minggu ke 13 dan tinggal satu minggu lagi nak habis untuk sem ini.Baiklah, untuk minggu ini Dr Fariza tidak dapat hadir dan beliau telah memberi tugasan untuk membuat video serta mencari maklumat mengenai komputer sebagai 'alat', 'guru' dan 'pelajar'.Pada hari tersebut kami telah berbincang untuk shooting di kawasan fakulti untuk buat satu video mengenai m-learning yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.Hope kiteorang berjaya menghasilkan video ini dengan baik tanpa ada sebarang masalah yang berlaku.Jadi setakat itu sahajalah untuk minggu ini, see you next week.Assalamualaikum
|
AuthorMuhammad Bukhary bin Mohd Zulkeply. Archives |