Assalamualaikum dan salam satu UKM,,,ape khabar semua,sihat? saya harap anda semua sihat selalu dan senyum selalu.Baiklah,hari ini saya ingin meneruskan perbincangan kita dalam refleksi kelas komputer dalam pendidikan oleh Dr Fariza.Pada minggu ini kami dihadiri oleh dua orang pemerhati yang akan melihat cara pembelajaran kami dan pengajaran yang dipraktik oleh Dr Fariza.Pada permulaan kelas kami di refresh dahulu apa yang kami belajar pada minggu lepas supaya kami ingat apa yang kami belajar.Orang kata macam nak panaskan otak sebelum mulakan pembelajaran baru,kalau terus masuk yang baru mungkin akan blur sikit.Macam kereta,sebelum gerak kita panaskan enjin dahulu baru boleh jalan.Setelah mengingat kembali apa yang dipelajari pada minggu lepas,kami di beri satu kertas yang mempunyai gambar.Di gambar itu tertera satu topik,tetapi kami tidak ketahui lagi topik sebenar pada gambar itu kerana akan berlaku satu magik selepas itu.Sebelum kelas kami bermula,Dr Fariza ada menyuruh kami memuat turun satu aplikasi yang diberi nama aurasma.Jadi pada hari itu,kami disuruh membuka aurasma tersebut untuk mengimbas gambar itu.Apa yang terjadi setelah kami mengimbas gambar tersebut?Anda semua rasa apa yang terjadi?Wahh,kami semua terkejut dan teruja bagaikan tak percaya kerana gambar yang ada di kertas tadi bertukar menjadi satu video yang memberitahu apa topik yang ada dalam gambar tadi.Menakjubkan dan semua pelajar dalam kelas tertanya-tanya bagaimana Dr Fariza buat.Dr Fariza hanya senyum sinis je kepada kami dan memberitahu kamu akan diajar juga nanti.Kalau anda semua nak tahu apa itu aurasma ,anda boleh memuat turunnya di play store ataupun app store.Sebelum itu Dr ada menyuruh kami membuat satu kumpulan kerana topik yang kami dapat itu kami akan diberi satu tugasan untuk membuat satu slide yang akan dibentang pada hari tersebut.Kumpulan saya pada masa itu tiga orang iaitu Azree,Taufiq dan saya.Topik yang kami dapat ialah keselamatan internet dan komputer.Tajuk yang menarik dan banyak benda yang kami akan tahu apabila mengkaji tentang tajuk ini.Kami satu kelas dipecahkan kepada empat kumpulan dan kami adalah kumpulan yang keempat.Tiga lagi tajuk yang turut dibentangkan pada hari tersebut adalah e-pembelajaran,m-pembelajaran dan kemahiran abad ke-21.Buat pengetahuan semua,slide yang kami buat itu menggunakan slide sheet yang terdapat pada google drive.Kami diberi pendedahan sebegitu kerana ia amat mudah digunakan walaupun kami tidak duduk dekat.Sedikit ulasan mengenai tajuk yang kami bentang ialah mengenai keselamatan yang perlu dititk beratkan terhadap komputer kita.Ini kerana terdapat pelbagai kes yang terpampar di dada-dada akhbar pada hari ini mengenai salah laku dalam penggunaan internet dan sebagainya.Jadi etika dalam penggunaan internet ini perlu ada dalam setiap pengguna bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak elok.Sedikit review mengenai tajuk e-pembelajaran dan m-pembelaran.E-pembelajaran secara mudahnya ia adalah pembelajaran secara online seperti penggunaan open learning dan sebagainya.Sama juga dengan m-pembelajaran yang juga secara online tetapi melalui telefon pintar.Manakala kemahiran abad ke-21 pula adalah mengenai cara belajar yang yang perlu pelajar kuasai iaitu kemahiran maklumat dan komunikasi ,kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dan kemahiran interpersonal dan arah kendiri. Kami akan diberi hadiah pada kumpulan yang terbaik dalam pembentangan,so,kami harap kami menang.Keputusan akan diumum minggu depan.See you next week.Byee.............
0 Comments
REFLEKSI MINGGU KELIMAHai semua,Assalamualaikum , bertemu lagi kita pada minggu ini iaitu minggu kelima pembelajaran dalam kursus komputer dalam pendidikan.Seperti biasa pembelajaran kami menggunakan komputer yang ada di makmal.Tapi sedikit frustated sikit pada saya kerana komputer di makmal ada masalah yang melambatkan sikit proses pembelajaran saya.Harap pihak yang berkenaan boleh baiki komputer yang ada di makmal tersebut atau tukar komputer baru je.Line wifi juga perlahan pada ketika itu.Tapi saya tetap kuatkan semangat untuk belajar pada hari itu.Baiklah,lupakan apa yang dah berlaku pada minggu lalu.Berbalik kepada pembelajaran kita pada minggu yang lalu,apa yang didedahkan oleh Dr Fariza ialah pendedahan tentang penggunaan carian bahan yang betul di internet.Antara laman web yang diberitahu oleh Dr Fariza ialah penggunaan academia.Ini pengalaman baru bagi saya kerana saya tidak pernah menggunakannya sebelum ini.Apa itu acaademia?Academia ini satu laman web yang digunakan secara meluas oleh seluruh dunia bagi pelajar-pelajar tidak kira pelajar sekolah mahupun universiti untuk mereka mencari bahan belajar atau tugasan.Pelbagai bahan yang boleh di dapati di dalam academia ini seperti jurnal,artikel dan lain-lain.Bila saya melihat laman web ini ternyata banyak bahan yang saya boleh cedok di dalam ini dengan mudah dan santai tanpa perlu ke perpustakaan.Itu kalau malas pergi perpustakaan lah.Tapi jika nak cari buku tu rajin-rajin lah ke perpustakaan ye.Selain itu penggunaan google scholar juga diberitahu oleh Dr Fariza untuk kita mencari artikel atau jurnal sebagai rujukan untuk kita membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah.Senang je.Taip je google scholar kemudian taip apa tajuk yang kita ingin cari.Akan tetapi Dr Fariza ada menayangkan satu video mengenai cara carian yang betul untuk kita mencari bahan di google scolar.Antara yang saya dapat melalui video itu ialah simbol tambah dan tolak di bahagian carian yang kita cari.Jika kita meletakkan simbol tambah pada bahagian carian,google akan mengeluarkan perkataan khusus yang berkenaan dengan apa yang kita cari,manakala simbol tolak kita tidak mahu ada perkataan yang kita tidak mahu cari keluar.Seterusnya kita pergi pula kepada penggunaan google docs dan google slide.Ini juga pengalaman baru saya dalam menggunakan google docs kerana sebelum ini kita hanya membuat tugasan menggunakan microsoft word yang ada di komputer kita sahaja.Ini agak sukar jika kita membuat tugasan dalam kumpulan kerana ada pembahagian tugasan yang tertentu yang mana perlu digabungkan setelah selesai.Tetapi,jika kita menggunakan google docs ini,kita hanya boleh menyambung terus apa yang dibuat oleh kawan-kawan kita yang lain tanpa perlu mengumpulkan kerja yang dibuat di word.Penggunaan google docs dapat menjimatkan masa.Ia boleh digunakan di mana-mana sahaja tanpa perlu berkumpul untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.Ia secara online sahaja.Sama juga dengan penggunaan google slide yang tidak perlu kepada pengumpulan slide-slide utk kita gabungkan dalam satu slide show.Cara untuk mengakses google docs dan google slide ini hanyalah memerlukan akaun gmail.Jika tidak ada akaun gmail boleh lah buat kerana ia memudahkan bagi kita untuk buat tugasan bersama rakan-rakan.Sebelum saya mengakhiri refleksi saya pada minggu ini,Dr ada memberi tugasan kepada kami untuk kami buat slide dan dipaparkan pada minggu hadapan iaitu mengenai open source.Sekian sahaja daripada saya.Wassalam….
Pada minggu ini,kami telah diberi tugasan untuk mencari pengertian tentang apa itu LMS dan CMS.Apa yang seronoknya pada minggu ini kami belajar secara online menggunakan Open Learning.Tugasan yang diberikan oleh pensyarah hanya perlu dihantar menggunakan Open Learning sahaja.Mudah kan.Ya,ia sangat mudah dan cepat dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja walaupun pensyarah tidak dapat hadir ke kelas.Serba ringkas mengenai apa itu LMS dan CMS.LMS ialah Learning Management System ialah aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektonik.Ia dilakukan secara online sahaja.Bagaimana LMS ini berfungsi?Sistem LMS ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota, mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang kita boleh dapat.Antara contoh aplikasi LMS ialah Ifolio yang kita sebagai pelajar UKM menggunakannya setiap hari untuk menghantar tugasan,melihat informasi dari pensyarah dan lain-lain.Seterusnya apa pula CMS?Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS.Sebagai contoh mudah CMS ini seperti kita nak create blog atau sebagainya.Selain blogger yang kita semua tahu,ada lagi aplikasi lain yang boleh kita dapati seperti apa yang tuan dan puan sedang guna ini iaitu weebly.Perbezaan antara LMS dan CMS rasanya anda semua sudah nampak kan.Secara ringkasnya LMS ini kita gunakan ia sebagai perantaraan antara pemsyarah untuk kita belajar atau menghantar tugasan dan sebagainya,manakala CMS pula ialah seseorang yang ingin mereka cipta blog sendiri untuk perkongsian orang ramai secara percuma ataupun berbayar.Sekian sahaja untuk minggu ini.wassalam.
|
AuthorMuhammad Bukhary bin Mohd Zulkeply. Archives |