Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bertemu lagi kita pada minggu ke 12.Alhamdulillah sebelum itu saya bersyukur kerana laporan mengenai kaji selidik saya dan Azree telah pun siap pada minggu ini.Pada minggu lepas kami telah diberi tugasan mengenai cara nak buat brocher.Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi mengenai tempat yang ingin saya tuju iaitu Dubai.Dr telah membuat komen terhadap brocher setiap pelajar serta pandangan dari rakan-rakan saya mengenai brocher saya.Pada minggu ini, Dr telah mengajar mengenai cara penggunaan Microsoft Excel.Kebanyakkan orang tahu mengenai Microsoft Excel akan tetapi mungkin ramai yang jarang menggunakannya.Microsoft Excel selalunya digunakan untuk mengira markah atau untuk akaun-akaun dalam perniagaan.Untuk pendidik, kebiasaannya guru menggunakan untuk memasukkan markah pelajar-pelajar.Excel lebih mudah dan cepat kerana penggunaannya terdapat shorcut yang kita dapat gunakan seperti sum untuk jumlah markah dan sebagainya.Kami telah diberi tunjuk ajar untuk menggunakan excel dan telah diberi tugas untuk menyiapkan draft untuk stastistik yang kami buat dalam excel tadi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami dapat peneranagn yang jelas daripada Dr Fariza.Sebelum meninggalkan kelas untuk minggu ini, kami telah diberi satu lagi tugas iaitu last projek untuk komputer dalam pendidikan iaitu membuat video menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di internet.insha Allah saya akan update lagi mengenai video yang akan kami buat ini pada minggu depan.Setakat itu sahajalah untuk minggu ini.Sekian.
0 Comments
Asslamualaikum dan salam sejahtera.Berjumpa lagi kita pada minggu ke-11.pada minggu kesepuluh kita tiada kelas oleh kerana sebab-sebab tertentu.Baiklah, pada minggu ini Dr Fariza telah membincangkan mengenai cara ingin membuat brocher.Adakah anda semua tahu bagaimana cara nak membuat brocher?Adakah Microsoft Word boleh kita gunakan untuk membuat brocher?Sebenarnya Microsot Word kita boleh gunakan, akan tetapi ada satu lagi aplikasi dalam Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher.Publisher boleh kita gunakan untuk membuat brocher kerana ia lebih mudah dan pantas.Selain dari brocher,. publisher juga kita boleh gunakan untuk membuat bussiess card, banners, calendar dan banyak lagi.tugasan yang perlu kami buat adalah membuat satu brocher mengenai tempat yang ingin kita tuju ataupun mengenai diri kita.saya telah memilih tajuk mengenai tempat yang saya ingin tuju.Tak banyak guidline yang ditunjukkan oleh Dr Fariza kerana Dr lebih menyuruh kami explore sendiri apa yang terdapat dalam publisher.jadi saya rasa setakat itu sahajalah untuk minggu ini.jumpa lagi pada minggu depan.Insha Allah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Bertemu lagi pada minggu kesembilan kuliah yang mana pada minguu ini kami telah menghantar soal kaji selidik masing-masing untuk mendapatkan respon dari responder dalam kalangan-kalangan tertentu.Kumpulan saya macam biasalah dengan sahabatku Azree telah bertungkus lumus menyiapkan google form ini dan menghantar kepada rakan-rakan kami yang belajar di universiti-universiti yang terdapat di Malaysia.Tajuk yang kami dapat untuk soal selidik itu adalah mengenai perisian sumber terbuka.Kami telah menghantar melalui Whatsapp, Fb dan sebagainya.Akhirnya bilanagan responden yang kita dapat mencecah 48 orang.Ok lah sebab Dr Fariza nak dalam 40 orang sahaja.huhu...Jadi setelah kami dapat responder tersebut, kami dikehendaki menyiapkan tugasan seterunya iaitu laporan terhadap soal kaji selidik yang telah kami buat sebelum itu.Sebelum kami memulakan laporan tersebut, kami telah didedahkan terlebih dahulu bentuk atau kerangka laporan yang perlu kami buat nanti.Kami juga ada didedahkan mengenai penggunaan microsoft word yang lebih orag kate magik.Tak magik sangat pun tapi kalau guna tu senang sikit keje kita.Nak tahu apa,? Ia adalah penggunaan document map dalam microsoft word.Sebelum ini saya tidak pernah guna document map ini sebab dulu kalau menaip pun sikit2 je.Document map ini digunakan untuk memudahakan kita cari bahagian-bahagian tertentu dalam tugasan kita nanti.Maknanya tak perlu lagilah kita nak scroll up down untuk cek atau nak rujuk balik tugasan yang kita dah buat sebelum tu.Hanya tekan je tajuk yang kita petakan dekat sebelah kiri dan akan terus pegi ke page yang kita nak lihat.Senang kan.Jadi bolehlah guna untuk buat assingment lain nanti.Jadi saya rasa setakat ini sahaja pertemuan kita untuk minggu ini,jumpa lagi pada minggu hadapan Insha Allah......
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Bertemu lagi kita pada minggu ke 8 pengajian kelas komputer dalam pendidikan.Hari ini kami semua happy kerana kami dapat ole-ole dari Dr.Fariza.Jangan jealous ye.Ole-ole dari Bandung kami dapat memandangkan Dr baru pulang dari Bandung,Indonesia pada hari Rabu.Pada minggu ini kami lebih santai sikit belajar kerana Dr memberi penekanan kepada kaji selidik yang perlu dibuat menggunakan google form.Pada minggu lepas kami telah disuruh untuk menyediakan objektif kajian paling kurang dua objektif untuk kajian tersebut.Soal kaji selidik yang kami perlu buat mengenai perisian sumber terbuka.Kami telah diberi tunjuk ajar oleh Dr cara mereka soalan kaji selidik secara teliti dan tersusun.Sebenarnya kami dah buat soalan itu,cuma kami perlu perbaiki lagi soalan itu supaya objektif yang kita mahukan dari kaji selidik itu jelas.Pada masa yang sama kami juga dapat pengalaman baru untuk membuat kaji selidik menggunkan google form ini dan ini memberi kami kelebihan untuk masa hadapan kerana pada masa akan datang kami juga akan menggunakan google form ini untuk membuat soal kaji selidik untuk tesis kami nanti.Setakat itu sahaja lah untuk minggu ini.See you next week okay.Sekian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,,hari ni sy ingin meneruskan pembelajaran kami di minggu ke tujuh.Pada minggu ini kami didedahkan mengenai prinsip casper.Apa itu casper?Ada yang tahu dan ada yang tak tahu kan.Jadi izinkan saya explain apa itu prinsip casper. Sebenarnya prinsip CASPER adalah salah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi pengurusan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan CASPER sebenarnya bermaksud C=Contrast A=Alignment S=Simplycity P=Promixity E=Emphasis R= Repitition.Okay baiklah,pertama mari kita sentuh mengenai prinsip pertama iaitu contrast.Contrast ialah mengenai penggunaan warna yang kontra yakni warna gelap dengan warna terang.Selain itu ia juga berkait rapat dengan perbezaan font,objek besar dan kecil,garis halus dengan kasar,tekstur licin dengan kasar,unsur mendatar dengan menegak,garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.Apa kelebihannya?Kelebihannya ialah membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan,membezakan dua item yang berlainan dan menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Seterusnya mengenai Alignment.Seperti tayar kereta,tayar kereta perlu kita alignmet kan iaitu seimbangkan.Sama juga dalam kandungan Powerpoint kita,perlu ada keseimbangan iaitu dengan cara menyusun item supaya ia kelihatan seimbang dan mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain.Semua orang mahukan sesuatu yang mudah dan ringkas,jadi dalam prinsip casper ini perlu ada cara tersebut yang dikenali sebagai Simplicity iaitu ringkas,bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.Kemudian kita lihat pula kepada Proximity.Proximity ini ialah mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan pengguna memahami kesinambungan yang wujud.Last but not least ,kita tengok pula kepada Emphasis.Emphasis ialah menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.Ia tidak terlalu banyak menggunakan elemen sampingan.Lastly mengenai repetition iaitu mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.Jadi kesimpulannya dapat kita lihat bahawa prinsip casper ini amat penting jika kita inginkan persembahan atau gaya pembentangan yang baik dan tersusun.Jadi marilah kita sama-sama praktikkan prinsip ini dalam Powerpoint kita.Oh,sebelum saya terlupa,kami juga ada belajar sedikit mengenai cara menggunakan Google form.Anda tahu apa itu Google form.Nantikan pada minggu seterusnya saya cerita.Huhu,Okay setakat ini untuk minggu ini,Assalamualaikum.
|
AuthorMuhammad Bukhary bin Mohd Zulkeply. Archives |